APAKAH NILAM?
Pengenalan
Pengenalan
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan
kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai.
·
Merangkumi rancangan membina tabiat
membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
·
Melalui aktiviti-aktiviti galakan
membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan
program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
MATLAMAT NILAM
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di
kalangan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF NILAM
Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN
1) Rekod Bacaan (buku rekod murid)
2) Borang Rekod
(penilaian guru)
3) Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap) (cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)
TAHAP PERLAKSANAAN & PENCAPAIAN NILAM
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku &
direkodkan
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku &
jalankan aktiviti pembacaan
PROGRAM NILAM TAHAP JAUHARI
Murid-murid pada
peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja
mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM
PROGRAM NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)
Murid-murid
pada peringkat ini akan dilatih dan dibimbing oleh guru untuk menjalankan
aktiviti seperti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Pemarkahan berdasarkan
usaha mereka mengikut sistem Ganjaran RP
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100 - 199 mata - Gangsa
200 - 299 mata - Perak
300 - 399 mata - Emas
400 mata ke atas - NILAM
100 - 199 mata - Gangsa
200 - 299 mata - Perak
300 - 399 mata - Emas
400 mata ke atas - NILAM
PENGIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)
Bercerita
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
Membaca bersama
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar = 5 markah
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar = 5 markah
Bicara buku
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar = 5 markah