Demi masa....

Peraturan


Peraturan Penggunaan PSS
  • Kemasukan pelajar ke PSS hendaklah diiringi guru
  • Pelajar tidak dibenarkan memakai kasut dan stoking ketika berada di PSS
  • Semua  pelajar  tidak  dibenarkan  membawa  masuk  beg dan makanan  kedalam  PSS.
  • Pelajar  hendaklah  senyap  dan  tidak  mengganggu  ketenteraman  orang  lain
  • Letakkan  buku – buku  yang  telah  dibaca  ke dalam  bakul  yang  telah disediakan
  •  Setiap  pelajar  adalah  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  buku  dan  alatan  di  PSS. Sebarang  kerosakan akan  dikenakan  denda  sebanyak RM 5.00
  • Setiap  buku  yang  dibaca  hendaklah  dicatat  ke  dalam  BUKU  NILAM  dan  disemak  oleh  GURU MATA PELAJARAN
  • Guru  hendaklah  mencatat  penggunaan  PSS  di  dalam  BUKU  REKOD  PENGGUNAAN  PSS.
  • Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik penyelaras tanpa kebenaran
  • Pastikan  semua  suis  ditutup  sebelum meninggalkan  PSS.
  • KERJASAMA  ANDA  MEMUDAHKAN  URUSAN


Peraturan Penggunaan PSS (guru)


1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.