Demi masa....

Nilam

APAKAH NILAM?

Pengenalan


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

·         
      Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
·     
      Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)


MATLAMAT NILAM

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF NILAM

Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN

1) Rekod Bacaan (buku rekod murid)
2) Borang Rekod (penilaian guru)

3) Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap) (cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)


TAHAP PERLAKSANAAN & PENCAPAIAN NILAM

1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan 



PROGRAM NILAM TAHAP JAUHARI

Murid-murid pada peringkat ini wajib  melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).

90  - 179 buku      -      Gangsa
180 - 269 buku      -     Perak
270 - 359 buku      -    Emas
360 buku ke atas    -   NILAM




PROGRAM NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)


Murid-murid pada peringkat ini akan dilatih dan dibimbing oleh guru untuk menjalankan aktiviti seperti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Pemarkahan berdasarkan usaha mereka mengikut sistem Ganjaran RP


MARKAH     PENGIKTIRAFAN
100 - 199 mata      - Gangsa
200 - 299 mata      - Perak
300 - 399 mata      - Emas
400 mata ke atas    - NILAM



PENGIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA (RP)

Bercerita 
1 sesi x 5 pendengar      = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar  = 5 markah


Membaca bersama 
1 sesi x 5  pendengar    = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar   = 5 markah

 Bicara buku
1 sesi x 5 pendengar      = 5 markah
1 sesi x 10 pendengar    = 5 markah