Demi masa....

Tugas GPM

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

  1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
  2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat SumberSekolah.
  3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
  4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
  5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
  6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
  8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
  9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
  10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
  11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
  12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
  13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
  14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
  15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
  16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
  17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
  18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

[Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]


SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN

1.                  Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.                  Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3.                  Menyedia dan menyesuaikan  Jadual Waktu TVP dan lain-lain media Teknologi
4.                  Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5.                  Membuat  penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6.                  Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7.                  Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8.                  Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9.                  Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10.             Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11.           Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12.      Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13.      Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua
/
           Guru Besar
DISKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA INDUK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
  1. Merancang peranan, kepentingan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah.
  2. Menentukan segala hal yang berkaitan dengan kemudahan fizikal dan aktiviti tertentu seperti pameran dan sebagainya.
  3. Menentukan dasar dan membuat cadangan-cadangan pemilihan dan pembelian bahan.
  4. Pengurusan penggunaan seperti menentukan jadual waktu Pusat Sumber Sekolah.Menentukan peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
  5. Merancang aktiviti tahunan yang sepatutnya diadakan.
  6. Merancang program untuk mendapatkan sumbangan dalam berbagai bentuk bagi penambahan koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah.
  7. Merancang dan merangka strategi untuk mendapat sumber-sumber kewangan bagi menambah wang Pusat Sumber Sekolah.