Demi masa....

Objektif PSS

Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran demi mencapai prestasi akademik yang memberansangkan.

Menggalakkan para pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak bergantung kepada buku teks dan kaedah “chalk and talk” sahaja.

Menggalakkan tabiat belajar sendiri, menanam tabiat membaca dan menimbulkan sifat ingin tahu di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di PSS.

Membantu para guru dan pelajar dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza antara satu sama lain.

Melatih pelajar-pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat hardware.